Anda Ingin Menjadi Pemimpin Keluarga Yang Diberkati?


Solat subuh berjemaah banyak fadilat dan kelebihannya, Khususnya buat seorang lelaki. Lelaki yang sering gagal untuk bangun subuh dan menghadirkan diri berjamaah di masjid…

Solat subuh berjamaah banyak fadilat dan kelebihannya. Khususnya buat seorang lelaki. Lelaki yang sering gagal untuk bangun subuh dan menghadirkan diri berjamaah di masjid merupakan insan yang sering gagal mencari rahmat dan keberkatan daripada Allah dalam kehidupannya.

Jika dia memimpin keluarga, dia gagal menjadi suami dan bapa yang berusaha mencari rahmat dan sakinah di awal pagi kehidupan. Jika dia pemimpin masyarakat, dia gagal memulakan kehidupannya dengan mempersembahkan diri di hadapan seruan keberkatan di awal-awal lagi.

Bagaimanakah mungkin dia menjadi pemimpin yang diberkati? Selepas solat subuh, insan hendaklah berusaha berzikir, beristighfar dan memohon kurniaan Allah untuk hari tersebut.

Dalam keadaan ibadah, di masjid sebagai rumah ibadah, di awal hari yang dimulakan dengan ibadah dan dalam hening pagi yang mengkhusyukkan diri untuk menumpukan kepada Allah, maka di sinilah turunnya keberkatan, rahmat dan kemustajaban doa.

Pohonlah segala kebaikan untuk kehidupan ini. Amiin.

KONGSIKAN TAZKIRAH INI

BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?

Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?

Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.

Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?

Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.

Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .

Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.

Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post