Hukum Suami Yang Menolak Memberi Nafkah Kepada Isteri, Ini Jawapan Dan Hukumnya | Untuk para isteri ga usah bimbang. Kerana ada undang-undang yang masih berdiri tegak untuk kita para isteri yang tertindas oleh suami.
Apabila nafkah wajib atas suami untuk isterinya, kemudian ia memintanya, namun ia menolak untuk menyerahkannya kepadanya tanpa suatu alasan, maka isteri berhak untuk mengajukannya kepada hakim,
Supaya ia memaksanya untuk memberikan nafkah kepadanya, atau menyerahkan harga nafkah kepadanya, supaya ia memberi nafkah dirinya sendiri.
Apabila suami mengikuti perintah, maka berhasillah yang dikehendaki. Namun apabila ia tidak bersedia mengikuti perintahnya dan terus menerus menolak memberikan nafkah kepadanya,
Maka isteri berhak mengambil daripada harta suaminya secara paksa berdasarkan perintah hakim, baik dengan sepengetahuan suami atau tidak, sesuai dengan jumlah yang wajib daripada nafkah untuknya.
Apabila suami menolak untuk memberikan nafkah kepada isterinya, kerana ketidak-mampuannya, maka hakim memerintahkan isteri untuk mengambil hutang atas nama suaminya, apabila ia tidak mempunyai harta.
Apa yang dipinjam oleh isteri berupa nafkah selanjutnya menjadi kewajipan suami untuk membayarnya ketika ia telah mampu.
Orang yang bertanggungjawab untuk memberikan nafkah isteri kalu sekiranya tidak ada suami seperti bapa, saudara dan anak berkewajiban untuk meminjaminya sesuai dengan jumlah nafkah. Apabila orang tersebut menolak, maka hakim memaksanya untuk itu dapat menahannya.
Adakah isteri orang yang tidak mampu berhak menuntut perceraian dengan alasan itu?
Mazhab Hanafiyyah dan mazhab Syafi’iyyah dalam satu pendapat dari Al-Muzani, bahawa isteri tidak berhak menuntut perceraian kerana ketidak-mampuan suami untuk memberi nafkah, sedangkan jumhur fuqaha,
Termasuk d dalamnya mazhab Syafi’iyyah dalam pendapat yang lebih nyata dari mazhab mereka, berpendapat bahawa ia berhak untuk menuntut perceraian, sebagaimana ia juga berhak untuk meminta izin meminjam, isteri diberi peluang untuk memilih salah satu dari keduanya.
Apabila isteri meminjamkan nafkah atas nama suaminya sesudah memperoleh izin untuk itu, maka pemberi pinjam meminta pengembalian hutang itu kepada suaminya ketika ia telah sanggup, atau memintanya kembali kepada isterinya dan isterinya meminta kembali kepada suaminya.
Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat
0 Comments