Doa Harian Dan Doa Dhuha Amalan Pembuka Rezeki Untuk Kita | Salam hari minggu kepada semua pembaca blog yang disayangi. Alhamdulillah, kita masih diberikan kesempatan bernafas lagi di pagi ini dan insyaa Allah sehingga sepanjang hari.
Semoga Allah SWT masih berikan kita kesihatan yang baik dan diberikan kesempatan bertaubat sebelum nafas terhenti. Insyaa Allah..
Mulakan pagi anda dengan doa-doa indah dan amalan murah rezeki, tak kira bidang apa atau kerjaya yang bagaimana yang anda ceburi. Contohnya, niat saya berblog adalah untuk berkongsi apa saja berita gembira.
Sebarkan bahagia, Jadikan berblog satu kerjaya yang boleh mendatangkan rezeki. Jadi, pasang niat dan angkat tangan berdoa minta Allah lapangkan rezeki dalam berblog hari ini.
Doa Harian Dan Doa Dhuha Amalan Pembuka Rezeki Setiap Pagi
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.”
Aamiin.. aamiin.. aamiin Yarobbal’alamiin..
BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?
Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?
Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.
Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?
Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.
Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .
Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.
Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan
Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat