Tak Perasan Benang Terlilit Di Jari Kaki

Tak Perasan Benang Terlilit Di Jari Kaki, Ini Akibatnya Akan Terjadi |Sindrom hair tourniquet keadaan yang biasa di alami oleh bayi dan terjadi apabila rambut atau benang terlilit pada bahagian jari tangan atau kaki. Lilitan yang kuat ini akhirnya mengganggu aliran darah normal.

Jika serius, jari anak mungkin akan dipotong kerana di anggap sudah mati dan tak dapat berfungsi.

Sindrom Hair tourniquet kerap berlaku dikalangan bayi yang berusia sekitar 5 bulan. Biasanya rambut ibu yang banyak gugur akibat perubahan hormon boleh jadi salah satu puncanya selain benang pada sarung tangan atau sarung kaki bayi.

Gambar Hiasan

Berikut antara kes yang berlaku pada seorang bayi berusia 5 bulan yang dikongsikan oleh Dr Ahmed Kamarulzaman (Klinik Perubatan Ikram). Semoga menjadi peringatan buat semua ibu bapa.

Seorang bayi 5 bulan dibawa ke hospital atas sebab jarinya sudah pun mati (necrosis)

Dijemput ibubapa dari pengasuh setelah tamat kerja. Ketika itu, bayi sudah pun disiapkan oleh pengasuh untuk tidur. Lengkap berpakaian tidur, beserta sarung tangan dikedua belah tangan

Gambar Hiasan

Keesokan paginya, ingin dimandikan dan disiapkan sebelum dihantar ke pengasuh.

Sarung Tangan Kiri Dibuka. Kelihatan Jarinya Yang Sudah Pun HITAM! Segalanya Disebabkan Oleh Benang Sarung Tangan Secara Tidak Sengaja Terlilit Di Jari Tengah Bayi Tersebut.

Ibu bapa terkejut, lalu dibawa bayi ke hospital. Namun, segalanya sudahpun terlambat.

Gambar Hiasan

Jarinya sudah pun mati dan tak boleh dikembalikan. Bayi tersebut dijangka menjalani pembedahan membuang jarinya yang telah pun mati itu.

Pesanan untuk Ibu bapa : Sila periksa jari anak-anak anda yang dipakaikan sarung tangan / sarung kaki. Jangan biarkan tangan dan kaki tertutup lama.

Dr. Ahmed Bin Kamarulzaman Pegawai Perubatan

Hukum Isteri Bersedekah Dengan Harta Suami,Adakah Memerlukan Kebenaran Suami Atau Tidak?Ramai Yang Tak Tahu!

Hadith berkenaan perkara ini :

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَنْفَقَتْ الْمَرْأَةُ مِنْ طَعَامِ بَيْتِهَا غَيْرَ مُفْسِدَةٍ كَانَ لَهَا أَجْرُهَا بِمَا أَنْفَقَتْ وَلِزَوْجِهَا أَجْرُهُ بِمَا كَسَبَ وَلِلْخَازِنِ مِثْلُ ذَلِكَ لَا يَنْقُصُ بَعْضُهُمْ أَجْرَ بَعْضٍ شَيْئًا

artinya : Dari ‘Aisyah r.a. dia berkata : Rasulullah saw telah bersabda : “Jika bersedekah olih seorang perempuan dari makanan yang ada di rumah (suami) nya yang bukan bermaksud menimbulkan kerusakan maka baginya pahala atas apa yang dibelanjakan

Dan bagi suaminya pahala dengan sebab harta yang diusahakannya. Demikian juga bagi seorang penjaga harta benda (yakni mendapat pahala) dengan tidak dikurangi sedikitpun pahala masing-masing dari mereka.” (Hadith Bukhari)

Al-Imam Nawawi berkata :

وَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا بُدّ لِلْعَامِلِ – وَهُوَ الْخَازِن – وَلِلزَّوْجَةِ وَالْمَمْلُوك مِنْ إِذْن الْمَالِك فِي ذَلِكَ ، فَإِنْ لَمْ يَكُنْ إِذْنٌ أَصْلًا فَلَا أَجْر لِأَحَدٍ مِنْ هَؤُلَاءِ الثَّلَاثَة ، بَلْ عَلَيْهِمْ وِزْر بِتَصَرُّفِهِمْ فِي مَال غَيْرهمْ بِغَيْرِ إِذْنه .
وَالْإِذْن ضَرْبَانِ : أَحَدهمَا : الْإِذْن الصَّرِيح فِي النَّفَقَة وَالصَّدَقَة ، وَالثَّانِي : الْإِذْن الْمَفْهُوم مِنْ اِطِّرَاد الْعُرْف وَالْعَادَة كَإِعْطَاءِ السَّائِل كِسْرَة وَنَحْوهَا مِمَّا جَرَتْ الْعَادَة بِهِ وَاطَّرَدَ الْعُرْف فِيهِ ، وَعُلِمَ بِالْعُرْفِ رِضَاء الزَّوْج وَالْمَالِك بِهِ ، فَإِذْنه فِي ذَلِكَ حَاصِل وَإِنْ لَمْ يَتَكَلَّم ،
وَهَذَا إِذَا عَلِمَ رِضَاهُ لِاطِّرَادِ الْعُرْف وَعَلِمَ أَنَّ نَفْسه كَنُفُوسِ غَالِب النَّاس فِي السَّمَاحَة بِذَلِكَ وَالرِّضَا بِهِ ، فَإِنْ اِضْطَرَبَ الْعُرْف وَشَكَّ فِي رِضَاهُ أَوْ كَانَ شَخْصًا يَشُحّ بِذَلِكَ وَعَلِمَ مِنْ حَاله ذَلِكَ أَوْ شَكَّ فِيهِ لَمْ يَجُزْ لِلْمَرْأَةِ وَغَيْرهَا التَّصَدُّق مِنْ مَاله إِلَّا بِصَرِيحِ إِذْنه .

Maksudnya : Ketahui olih kamu bahawa bagi seorang pekerja yaitu penjaga harta tuannya dan juga si istri dan hamba yang ingin membelanjakan harta tuan atau suaminya hendaklah mendapatkan izin dari si pemilik harta atau suaminya terlebih dahulu.

Bila tidak ada izinnya sama sekali maka tidak ada pahala yang didapatkan oleh ketiga golongan tersebut. Bahkan ketiganya (yakni pekerja, isteri dan hamba) berdosa karena menggunakan harta orang lain tanpa ada izin pemiliknya.

Dan izin itu ada dua macam. Salah satunya ialah izin yang jelas membenarkan berbelanja dan bersedekah. Dan izin yang kedua ialah izin yang difahami dari kebiasaan yang berlaku seperti memberi sepotong roti kepada peminta dan yang seumpamanya.

Dan telah diketahui bahawa suami dan pemilik harta itu redha dengan pemberiannya itu. Dengan kata lain bahawa suami dan pemilik harta memberi izin walaupun tidak dengan perkataan.

Dan hal ini apakala diketahui ridhanya kerana kebiasaan yang berlaku dan diketahui bahawa dirinya sama seperti manusia-manusia yang suka bersedekah dengan harta.

Maka jika tidak dapat dipastikan tentang sikap dermawannya atau ragu adakah dia suka bersedekah atau tiada atau memang sikapnya tidak suka bersedekah

Dan diketahui hal itu melalui kelakuannya maka tidak harus bagi si isteri atau penjaga harta bersedekah dari hartanya melainkan mesti dengan ada izinnya yang jelas.

(Kitab Syarah Muslim Imam Nawawi)

Keterangan

Bersedekah adalah amalan baik yang akan memperolehi pahala di akhirat.

Bersedekah dengan harta sendiri tidak memerlukan izin orang lain.

Jika mahu bersedekah dengan harta orang lain seperti harta suami atau majikan maka mestilah dengan izin suami dan majikan.

Jika suami izinkan isteri bersedekah dengan harta suami atau majikan izinkan perkeja bersedekah dengan harta majikan maka semua mereka mendapat ganjaran pahala.

Izin dari tuan harta untuk bersedekah mestilah dengan berlafaz atau bertulis atau lain-lain alamat memberi izin.

Jika suami atau tuan harta tidak memberi izin dengan jelas tetapi yang bersedekah tahu bahawa suami atau tuan harta akan suka jika diketahui sedekahnya itu maka hukumnya adalah harus.

Jika disyakki adakah suami atau tuan harta akan benarkan sedekah dengan hartanya atau tidak maka tidak harus bersedekah.

Bersedekah dengan harta orang tanpa izin adalah berdosa dan tidak mendapat pahala. wallahua’lam

Sumber: Ustaz Azhar Idrus (Original)

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post