Inilah Dinding Penghalang Yang Dibina Zul Qarnain



Inilah Dinding Penghalang Yang Dibina Zul Qarnain Untuk Mengurung YA’JUJ Dan MA’JUJ | Anda tentu mengenal Zul Qarnain bukan? Ya, dia merupakan seorang pemimpin yang adil dan bijaksana.

Dikisahkan bahawa dia telah membina tembok besi yang tinggi untuk melindungi kaum lemah dari serangan Ya’juz dan Ma’juz yang ditemuinya dalam perjalanannya menuju timur.

Zul Qarnain begitu menyayangi rakyatnya, sehingga ia buat dinding penghalang yang dibina untuk Ya’juz dan Ma’juz. Lalu, apakah ada manusia yang pernah melihat dinding tersebut?

Dinding yang dibina Zul Qarnain pernah dilihat oleh seorang sahabat Nabi. Hal ini disebutkan dalam sebuah riwayat yang disebutkan oleh Bukhari, bahawa seseorang pernah berkata kepada Nabi,

“Aku pernah melihat dinding itu menyerupai selendang lurik.” Nabi pun menjawab untuk membenarkan ciri-ciri dinding yang dilihat lelaki itu, “Engkau benar sudah melihatnya.”

Ibnu Hajar menuturkan, hadis ini disampaikan oleh Ibnu Abi Umar melalui jalur riwayat Sa’id ibn Abi Arubah, dari Qatadah, dari seorang penduduk Madinah yang pernah berkata kepada Nabi,

“Wahai Rasulullah, aku pernah melihat dinding penghalang Ya’juz dan Ma’juz . “Nabi lalu balik bertanya,” Bagaimana engkau melihatnya? ”

Lelaki itu menjawab, “Seperti selendang lurik yang bergaris-garis merah dan hitam.”

Nabi pun bersabda membenarkan pernyataan lelaki itu, “Engkau benar sudah melihatnya,” (HR. Ibnu Hajar).

Al-Hafidz Ibnu Katsir menyebutkan kisah tentang usaha sejumlah penguasa untuk mencari dinding penghalang Ya’juz dan Ma’juz, dengan menuturkan,

Bahawa Khalifah al-Watsiq mengutus salah seorang panglima perangnya bersama satu ekspedisi ini untuk melukiskan kepadanya mengenai ciri-ciri dinding penghalang tersebut

Ekspedisi ini pun menempuh perjalanan dari satu negeri ke negeri lain, dari satu kerajaan ke kerajaan lain. Hingga akhirnya, sampailah mereka di satu tempat.

Di sana, mereka melihat bangunan dinding penghalang yang diperbuat daripada besi dan timah. Menurut mereka, bahawa mereka melihat sebuah pintu sangat besar dengan banyak mangga yang besar pula.

Mereka juga melihat sisa-sisa batu dan bekas-bekas pembangunan di sebuah menara sana. Dinding itu dijaga oleh beberapa orang raja di kawasan sekitarnya.

Dinding tersebut sangat besar, tinggi dan kukuh, tak dapat ditembus dan dipanjat. Begitu pula gunung yang mengelilinginya. Selepas itu, mereka kembali ke negeri mereka.

Ekspedisi ini mereka jalani selama lebih daripada dua tahun. Selama itu pula, mereka menyaksikan banyak perkara yang menakjubkan.

Ibnu Katsir tidak menyebutkan mata rantai periwayatan kisah ini. Ia sedikit pun tidak pernah menyinggungnya. Wallahu ‘alam.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post