Jangan Sesekali Melewatkan Solat Subuh

Jangan Sesekali Melewatkan Solat Subuh, Baca Kisah Teladan Ini (Video penuh di bawah ini)

Rasulullah SAW bersabda: “Solat yang paling berat bagi kaum munafik adalah solat isyak dan solat subuh

Diriwayatkan dari Abu Qatadah r.a, yang berkata: Pada suatu malam kami menempuh perjalanan bersama Nabi s.a.w, sebahagian orang mengatakan: “Ya Rasulullah! Sebaiknya kita beristirehat menjelang pagi ini.”

Rasulullah SAW bersabda: “Aku khuatir kalian tidur nyenyak sehingga melewatkan solat subuh.”

Kata Bilal: “Saya akan membangunkan kalian.”

Mereka semua akhirnya tidur, sementara Bilal menyandarkan punggungnya pada haiwan tunggangannya, namun Bilal akhirnya tertidur juga.

Nabi SAW bangun ketika busur tepian matahari sudah muncul. Kata Nabi SAW: “Hai Bilal! Mana bukti ucapanmu?”

Bilal menjawab: “Saya tidak pernah tidur selena malam ini.”

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mengambil nyawamu bilapun Dia mahu dan mengembalikannya bilapun Dia mahu. Hai Bilal! bangunlah dan suarakan azan.”

Rasulullah SAW berwudhu, setelah matahari agak meninggi sedikit dan bersinar putih, Rasulullah SAW berdiri untuk melaksanakan solat. (Hadis Shahih Imam Bukhari, nombor 595)

Siapa Yang Lupa Tidak solat, Segera Laksanakan Ketika Ingat

Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a, bahwa Nabi s.a.w pernah bersabda: “Siapa yang lupa untuk melaksanakan solat, maka laksanakanlah ketika ingat, tanpa kaffarah [denda] atas lupanya itu kecuali dengan mengerjakan solat tersebut.”

Kemudian Rasulullah s.a.w membaca ayat (yang ertinya): “… dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.” (Al-Qur’an surah Thaahaa, ayat 14). (Hadits Shahih Bukhari, nomor 597)

Rasulullah SAW Pernah solat Asar Pada Waktu Maghrib

Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a, bahawa pada ketika perang Khandaq, Umar bin Khattab datang setelah matahari terbenam. Umar mencaci-maki orang-orang kafir Quraisy.

Kata Umar: “Ya Rasulullah! Saya hampir saja tidak melaksanakan solat Asar sampai matahari hampir terbenam.”

Nabi SAW bersabda: “Demi Allah! Aku belum melaksanakan solat Asar.”

Kata Jabir: “Kami pergi ke Buthhan, kemudian Nabi SAW berwudhu untuk solat dan kami pun berwudhu, lalu Nabi SAW melaksanakan solat Asar setelah matahari terbenam, setelah itu beliau melaksanakan solat Maghrib,” (Hadits Shahih Bukhari, nombor 596).

Itulah tadi yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika beliau lewat melaksanakan solat, maka kita sebagai hamba yang patuh terhadap Rasulullah SAW maka hendaklah kita meniru apa yang di lakukan Rasulullah S.A.W,

Ketika beliau lewat saat melaksanakan solat, kerana Rasulullah S.A.W juga termasuk manusia yang tak dapat lari dari lupa seperti manusia lainnya.

Orang Munafik Berasa Berat Solat Berjemaah Isyak dan Subuh

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَثْقَلُ الصَّلَاةِ عَلَى الْمُنَافِقِينَ صَلَاةُ الْعِشَاءِ وَصَلَاةُ الْفَجْرِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا وَلَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ الْمُؤَذِّنَ فَيُؤَذِّنَ ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا يُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ أَنْطَلِقَ مَعِي بِرِجَالٍ مَعَهُمْ حُزُمُ الْحَطَبِ إِلَى قَوْمٍ يَتَخَلَّفُونَ عَنْ الصَّلَاةِ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ بِالنَّارِ

Dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Solat yang paling berat bagi kaum munafik adalah solat isya` dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui pahala yang terdapat pada keduanya nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak.

Dan aku sangat berkeinginan memerintahkan seorang muadzin untuk azan, kemudian aku perintahkan seorang lelaki mengimami mereka, lalu aku pergi bersama beberapa orang dengan membawa kayu bakar menuju orang-orang yang meninggalkan solat berjemaah untuk kemudian membakar rumah-rumah mereka.” (HR Ahmad No: 9122)1.

Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isyak dan solat subuh. (berat untuk menunaikan secara berjemaah di masjid)

2. Sekiranya seseorang itu mengetahui pahala yang terdapat pada solat isyak dan subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya (pergi ke masjid) walaupun terpaksa merangkak (kerana sakit).

3. Rasulullah SAW memberi amaran bagi lelaki yang tidak ke masjid untuk solat waktu tanpa ada apa-apa keuzuran dengan memerintahkan muadzin untuk azan, kemudian memerintahkan seorang mengimami mereka,

Lalu Rasulullah pergi bersama beberapa orang dengan membawa kayu bakar menuju rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah untuk membakar rumah-rumah mereka.

Ayuh jangan ada sifat orang munafik pada kita. Berusaha bersungguh-sungguh untuk memelihara solat isyak dan subuh dengan berjemaah di masjid. Jangan berasa berat dan malas hingga menghalang kita ke masjid.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

MOHON SUBSCRIBE CHANNEL NASIHAT USTAZ SEMOGA ADA AMALAN KITA UNTUK HARI INI, JOM BUAT SAHAM UNTUK AKHIRAT

Post a Comment

0 Comments