Video Tanah Bergerak Di Mongolia Seperti Dunia Akan Berakhir

Video yang disiarkan di media sosial, Twitter yang menunjukkan tanah sedang bergerak di Mongolia menjadi tular, telah menarik perhatian ribuan pengguna Twitter.

Video tersebut dimuat naik oleh laman Twitter. Kejadian tersebut berlaku di kawasan pergunungan yang kelihatan tenang dan damai. Pergerakan tanah tersebut betul-betul melalui di tepi sebuah kenderaan dan pondok putih.

Fenomena geologi ini dianggap agak biasa dan penyelidik di Pusat Pencegahan Bencana Alam Kebangsaan CENAPRED di Mexico menggambarkannya kejadian ini sebagai kesan mencairkan atau campuran tanah yang mengurangkan rintangan terhadap tekanan di antara zarah-zarahnya, mengasingkan campuran tanah dan air.

Fenomena ini berlaku di tempat yang memiliki jenis tanah yang halus, seperti pasir atau tanah liat, yang mempunyai ketumpatan yang rendah. Tekanan daripada air menolak tanah turun ke bahagian tanah yang lebih rendah dan boleh menyebabkan pelepasan kecil gunung berapi air.

Namun, fenomena ini boleh menjadi bencana yang sangat merosakkan jika ia berlaku di kawasan yang padat dengan bangunan, seperti yang berlaku di Niigata, Jepun pada tahun 1964 dan California pada tahun 1994. Kajian sedang dilakukan oleh ahli geologi dalam bidang mekanik tanah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Islamik Info

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat

Post a Comment

0 Comments