Inilah 4 Wanita Yang Dijamin Akan Menghuni Syurga Allah

Info Menafaat : Inilah 4 Wanita Yang Dijamin Akan Menghuni Syurga Allah, Ini Penjelasannya | Pada dasarnya, ada banyak wanita inspiratif yang kisahnya boleh kita jadikan pelajaran berharga dalam hidup.

Dan wanita-wanita tersebut tidak hanya ada di zaman moden atau saat ini saja. Ada banyak wanita di zaman Rasulullah atau sebelumnya yang kisahnya juga boleh kita jadikan sebagai pelajaran berharga dalam hidup.

Berbicara mengenai wanita memberi inspirasi, di dalam Islam sendiri disebutkan ada empat wanita yang sangat memberi inspirasi. Wanita-wanita ini bahkan dikatakan sebagai wanita yang tak hanya memberi inspirasi tetap juga dijamin masuk syurga oleh Allah SWT.

Dipetik dari pelbagai sumber, wanita yang dijanjikan akan menghuni syurga adalah Ummul Mukminin. Mereka adalah ibu dari semua umat muslim di dunia. Mereka adalah Ummu Asiah yang tak lain adalah isteri Firaun,

Ummu Siti Maryam yang tak lain adalah bonda Nabi Isa AS, Ummu Khadijah yang tak lain adalah isteri Rasulullah SAW dan Ummu Fatimah Az Zahra yang tak lain adalah putri Rasulullah sekaligus isteri dari sahabat rasul yakni Ali bin Abi Talib.

Hal ini sesuai dengan sabda Rasul, “Dan berkatalah pula Ketua wanita ahli syurga ada empat. Ia adalah Maryam binti Imran, Fatimah binti Rasulullah SAW, Khadijah binti Khawailid dan Asiyah.” (HR. Hakim dan Muslim)

Hadis ini sendiri merupakan hadis sahih yang diakui kebenarannya. Lantas, apa keistimewaan keempat wanita ini sehingga mereka dikatakan sebagai wanita yang dijanjikan akan masuk syurga? Berikut penjelasan ringkasnya.

1. Maryam Binti Imran
Maryam binti Imran atau yang sering umat muslim kenal sebagai ibu dari Nabi Isa AS ini adalah sosok wanita yang begitu mulia. Ia adalah wanita yang selalu menjaga harga dirinya dan taat beribadah kepada Allah SWT.

Di mata Allah SWT, Maryam adalah wanita yang benar-benar suci dan mulia. Kerana kemuliaan Maryam, Allah pun menganugerahkan seorang putra di kandungannya semasa ia masih gadis.

Secara logik, hamil tanpa adanya seorang suami atau ayah memang tidak masuk akal. Tapi, kerana kuasa Allah maka apa yang tidak mungkin tentunya selalu boleh menjadi mungkin.

Saat hamil inilah, perjalanan hidup Maryam sangatlah tidak mudah. Banyak orang menggunjingnya. Meski begitu, ia tetap sabar dan tetap taat pada Allah SWT. Setelah kelahiran nabi Isa AS, Maryam mendidik nabi Isa dengan sangat baik dan penuh kesabaran.

Maryam selalu mengajarkan kebaikan pada nabi Isa dan mengajaknya untuk selalu berdakwah di jalan Allah. Kerana kemuliaan dan kesucian Maryam, Allah pun mencatatkan namanya di salah satu wanita yang dijanjikan akan menghuni syurga jika masa itu telah tiba.

2. Khadijah Binti Khawailid
Wanita kedua yang dijanjikan akan menghuni syurga adalah Khadijah binti Khawailid. Khadijah sendiri merupakan isteri pertama Rasulullah SAW. Kjadijah pula lah ibu dari anak-anak Rasulullah. Kenapa ia dijamin masuk syurga?

Dalam beberapa surah di Al-Quran disebutkan bahawa Khadijah adalah wanita yang begitu mulia dan merelakan semua hartanya di jalan dakwah. Khadijah juga seorang wanita yang taat pada suami dan ia mau bersama-sama berjuang di jalan Allah bersama suami.

Atas apa yang ia lakukan ini, ia dikatakan sebagai wanita yang dijamin syurga oleh Allah. Bahkan, malaikat Jibril pernah menyampaikan salamnya kepada Rasulullah untuk Khadijah dan mengatakan bahawa syurga adalah tempat untuknya.

“Ya Rasulullah, Khadijah sebentar lagi akan datang membawa bejana berisi lauk, makanan atau minuman. Kalau ia sudah datang, sampaikan salam dari Allah dan dariku untuknya. Berikan kabar gembira, bahawa rumahnya kelak adalah syurga. “(HR Bukhari dan Muslim).

3. Fatimah Az Zahra Binti Rasulullah SAW
Wanita selanjutnya yang juga dijamin masuk syurga adalah Fatmah Az Zahra. Fatimah merupakan puteri kesayangan Rasulullah Muhammad SAW.

Ia adalah seorang anak yang patut dan taat pada orang tuanya. Ia juga merupakan isteri dari Ali Bin Abi Talib yang tak lain adalah sahabat Rasulullah.

Fatimah dikenal sebagai wanita muslim yang begitu sabar, penuh keimanan, bijak dan taat pada suami. Fatimah juga merupakan seorang wanita yang begitu mulia dan mampu menjaga cintanya dengan sangat baik untuk suaminya sahaja.

Saking mulia dan baiknya ia, kisah cinta Fatimah bersama suami menjadi kisah cinta yang begitu mengetuk hati dan menjadi kisah cinta paling romantis bagi umat muslim.

4. Asiah Isteri Firaun
Wanita keempat yang dijanjikan akan menghuni syurga adalah Asiah. Ia adalah isteri dari Firaun dan juga ibu dari Nabi Musa AS. Meski sang suami dikenal sangat kejam dan mengaku dirinya sebagai tuhan, Asiah tetap pada pendiriannya untuk menyembah hanya kepada Allah SWT.

“Ya Allah, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun juga dari segala perbuatannya.” (QS At-Thamrin, 11).

Pada masa Firaun mengancam akan menyiksa dan membunuhnya jika ia tidak mau menyembah Firaun, Asiah tetap teguh pada pendiriannya untuk menyembah Allah. Asiyah tetap yakin bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan yang patut ia sembah dan tak ada yang lain selainNya.

Keteguhan Asiyah inilah yang akhirnya membuatnya tercatat sebagai wanita mukmin yang dijanjikan akan ditempatkan di sisi terbaiknya yakni syurga. Itulah empat wanita atau Ummul Mukminin yang dikatakan dijanjikan syurga oleh Allah SWT.

Semoga, kisah ini boleh menjadi inspirasi buat kita semua agar menjadi wanita yang baik dan mulia agar suatu masa nanti kita boleh menjadi penghuni syurga bersama mereka semua dan wanita-wanita mulia lainnya.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post